HARI KE 2 - PULAU NAMI
29 nov 2013Pagi2 lepas sarapan kami di bawa ke pulau Nami menaiki train. Perjalanan ambil masa lebih kurang 1jam
jujurnya aku kurang rasa teruja sangat sebab semua atau kemana2 org yang bawa,, agak kurang mencabar :) . oleh kerana kami ikut trip kawan..so kami follow je la..kami cuma menghayati cuaca sejuk kat sana.kat Malaysia mmg susah nk dpt cuaca mcm tu..mungkin tak akan rasa.
sampai je kami ke station Gapyeong kami ambil taksi untuk ke jeti untuk menaiki feri ke Pulau Nami. Tambang taksi untuk sehala 3,000 KRW(lebih kurang rm9).sampai di jeti kami diberi tiket untuk masuk ke Pulau Nami termasuk tambang feri. tiket kalau tak silap 8,000 KRW setiap seorang. kami ambil tempat kat luar feri untuk menghayati perjalanan singkat.cuaca terang berangin dan sangat sejuk.masing2 klip klap klip klap ambil gambar.termasuk la aku ..hehehe
oleh kerana kami tiba ketika penghujung musim luruh menghala masuk ke winter. so keadaan sgt gamble..kurang meriah..tp tetap menarik dgn cuaca sejuk.daun luruh semua dah xde..pokok2 tinggal ranting je..
feri ke Pulau Namina
kasawan jeti..sementara tunggu Azim *pemandu pelancong kami(student Malaysia yg belajat kat seoul)
kat Pulau Nami xsusah untuk solat..memang disediakan 'musola' agak luas dan selesa.selesai solat kami makan 'nasi goncang' suke suki aku je nk letak nama nasi tu..hihihi... aku tak makan nasi tu..so tak tahu apa rasa.. nampak macam ikan sardin.. oleh kerana aku xmakan sardin..so mmg xlalu la nk makan..
perjalanan balik.. meninggalkan kenangan..dan aku akan kembali lagi ke sini tahun depan...insyaAllah.. merasai musim yg lain plak :)
oleh kerana ni cerita tahun lepas yg baru nak di entrykan..so tak berapa nak ingat sangat la..
hari ke 3 - Itaewon dan myeongdong
30 nov 2013
Meyeongdong Market
kami di biarkan berjalan ikut kehendak kaki..huhuhu.. kami berpecah ..so masing2 gi je la mana rasa nak gi..pusing punya pusing..sempat la shopping baju I Love Korea 2,3 helai.. entah pebenda lagi la aku shopping..pon tak hengat..
Myeongdong ni agak mahal sikit barang2 dia..banyak shopping outlet.. xsempat la daku nak masuk.. crowded sgt manusia kat sini.dah berjalan pusing2 menjari jalan pulang ke tempat yg dijanji kan kami tadi. kat tgh2 jalan tu ternampak la makcik2 tgh lelong beg sandang dan macam2 beg dgn harga 10,000 KRW(rm30hengget) cam nak beli je untuk anak2 daku..tp perut macam lapor bebenor dr siang tadi tak makan..
lepas dah puas pusing kitorang g makansea food * memang tu je la yg kita boleh makan yg halal.. setatus kelalannya harap tak diragui kalau nak makan..kalau anda ragu toksah makan.
di hadapan masjid di Itaewon.. kat sini mmg senang nak cari makanan halal dari bahan mentah sampai la ke nasib arab semua ada.. haritu kitorang makan nasi beriani yg tak berkuah.. leganya rasa dapat makan nasi.. cam nak tapaw buat balik bilik je..hahaha..tapi semua licin kat situ jugak.. malang nya xsempat nak snap gambar dek kerana lapor dan leka makan..bblluurrrpp..alhamdulillah...
tadaaaaa...
makan malam selepas seharian berjalan.. dan mcm biasalah..aku mmg tak makan sea food. tekak kampung daku memang susah nak terima makanan baru atau pelik bagi daku.. mereka balun mcm xmakan 5hari :P
lepas makan kami balik ke bilik dengan berjalan kaki.. sepanjang perjalanan.. persekitaran agak kurang bersih..dengan lopak2 air banya mungkin kesan dari hujan renyai semalm..
sampai di guesthouse.. kaki mcm nak tercabut..katil dan selimut macam memanggil2 kami dah.. selesai cuci badan (sejuk nak mandi oiiii) solat semua ..apa lagi...tiduuurrr laaaa...
esok kami akan ke Namsam tower dan Lotte World
1 comment:
salam kenal. terima kasih tinggalkan komen di blog saya :)
saya jawab di sini ya pertanyaan hari tu :). kena baby pakaikan baju tebal-tebal kalau nak travel waktu musim sejuk. mungkin akan demam/selsema juga sebab perubahan cuaca secara drastik tapi insyaAllah budak-budak cepat adapt dengan perubahan cuaca :).
semoga dipermudahkan semuanya travel nanti :)
Post a Comment